Program “Kita Kan Kawan ” Berjaya Dekatkan PAS Kuala Selangor Dengan Masyarakat Tiong Hua – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor
Oleh : Norazman Abu Sahid
KUALA SELANGOR, 3 Oktober – PAS Kawasan Kuala Selangor melalui Lajnah Perpaduan PAS Kuala Selangor dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Selangor hari ini telah mengadakan satu program ramah mesra, dialog serta sampaikan bantuan Bakul Prihatin kepada masyarakat Tiong Hua di Jalan Sasaran, Sungai Buloh.
Program yang di beri nama “Kita Kan Kawan” yang diadakan ini bertujuan untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat Tiong Hua di seluruh Kuala Selangor.
Alhamdulillah, dengan kehadiran Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Mr Kong Tuck Wah yang dijemput khas, seramai 45 orang peserta telah pun hadir untuk mendengar serta berdialog dengan Mr Kong berkaitan dengan PAS malah ada diantara peserta-peserta yang hadir telah diberi gambaran yang tidak benar oleh beberapa parti politik lain terhadap PAS.
Namun kehadiran Mr Kong serta beberapa pimpinan DHPP Selangor yang turut hadir telah mengubah peresepsi kaum Tiong Hwa ini kepada PAS.
Di akhir program ini, kesemua peserta yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan, nelayan dan peniga telah diberi sumbangan Bakul Prihatin serta sumbangan tunai yang disumbangkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Selangor.
YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, Cikgu Muhmmad Rashid Mohd Kassim mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan, Mr Kong, serta pimpinan DHPP Selangor yang hadir beramah mesra dengan peserta-peserta yang hadir serta mengubah persepsi yang tidak benar para peserta terhadap PAS.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan