Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 2 Oktober – “Kebajikan Relawan Amal sentiasa diutamakan tanpa mengira kaum dan agama”, jelas PAS Kawasan Kota Raja. Ketika Relawan Amal, Puan Kody Sivasubramaniam sedang diuji sakit COVID-19 bersama suaminya, Puan Nirmala Devi adalah sahabat yang sentiasa mengambil berat keadaan Puan Kody.
Menurut laporan, jangkitan COVID-19 tersebut telah menyebabkan Puan Kody kehilangan suami tercinta. Beliau bukan sahaja kehilangan suami, juga kehilangan seorang ketua keluarga yang selama ini menyara kehidupan mereka bersama seorang anak tunggal mereka.
PAS Kawasan Kota Raja, menerusi KRCAMALSELANGOR sentiasa prihatin serta membantu memastikan keperluan asas mereka berdua sentiasa diberi perhatian seperti penghantaran barangan dapur dan barangan basah.
Menurut PAS Kawasan Kota Raja, kini kedua mereka telah kembali ke lapangan menghantar sumbangan dan juga menjalankan aktiviti pendaftran pengundi baru. “Semoga mereka kembali bersemangat seperti sebelumnya”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor