Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 1 Oktober – PAS Kawasan Gombak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Gombak mengadakan pertemuan buat kali pertama secara rasmi menerusi pertemuan pimpinan tertinggi kedua-dua sayap parti.
Menurut PAS Gombak sebelum ini, hubungan baik kedua buah parti ini sudah terjalin melalui beberapa program yang dianjurkan bersama, antaranya siri Jelajah Prihatin Perikatan Nasional sepanjang bulan September lalu.
Pimpinan PAS Gombak yang hadir dalam pertemuan tersebut termasuk Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan selaku Timbalan Yang Dipertua diiringi Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Kamalulhysham Md Suhut, Setiausaha PAS Kawasan Tuan Khairul Fahmi Mat Som dan beberapa pimpinan kawasan yang lain.
PBBM Bahagian Gombak pula dihadiri Ketua Bahagian Sdr. Nizam Sani, Timbalan Ketua Bahagian Dato’ Bahaman Othman, YB Hilman Idham selaku Ketua ARMADA dan beberapa pimpinan mereka yang lain.
PAS Gombak menyatakan bahawa, pertemuan tersebut membincangkan kerjasama yang boleh dipertingkatkan melalui program kebajikan dan aktiviti turun padang pada masa hadapan.
“Kedua-dua buah pihak bersependapat dan menzahirkan harapan supaya kepentingan rakyat diutamakan, impak dari jalinan baik yang wujud ini”, jelas PAS Gombak.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor