Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Uwais Al-Qarni
SUNGAI BESAR, 28 September – Suasana pilu menyelubungi sebuah keluarga yang kehilangan tempat untuk berteduh dan menginap pagi tadi akibat rumah yang disewa terlibat dalam satu kebakaran.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi itu telah memusnahkan seluruh bahagian rumah pusaka yang disewa oleh En. Jumri bin Manaf bersama isteri dan 4 anak yang yang lain yang terletak di Jalan Makmur, Kampung Tengah Pasir Panjang, Sekinchan.
Sejurus selepas kebakaran ini, dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan mangsa mendapat rawatan awal di Hospital Tanjong Karang. Seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut manakala 5 mangsa yang lain mendapat rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Akibat kebakaran yang berlaku ini, mangsa serta keluarga tinggal sehelai sepinggang dan tiada apa yang dapat diselamatkan. Beberapa buah motosikal dan sebuah kereta hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor