“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Adnan Zainodin
KAPAR, 28 September – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar, hari ini telah menjalankan misi mencuci 5 buah rumah mangsa banjir di Meru, Klang, Selangor.
Misi yang disertai seramai 11 orang anggota dilaporkan selesai kira-kira jam 4.30 petang.
Dikhabarkan bahawa, tuan rumah kelihatan sangat gembira kerana rumah mereka sudah bersih tetapi disebalik wajah kegembiraan itu ada juga tersemat rasa kesedihan dan kekesalan.
Menurut JAMK Kapar, tuan rumah tersebut sedih disebabkan telah beberapa kali banjir melanda namun, tiada apa-apa tindakan yang berkesan setakat ini, yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
“Kami hanya dapat membantu penduduk kampung sekadar kemampuan kami”, jelas JAMK Kapar.
“Semoga pihak atasan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin”, sambung mereka.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor