Home Berita PAS Selangor

Sumbangan peranti ‘Daptone’ buat Klinik Desa – PAS Kawasan Tanjong Karang

140
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 28 September – Pagi ini YDP PAS Kawasan Tanjong Karang Ustaz Dr Zamri Zainuldin bersama Saudara Hazamin (In-Team) daripada NGO Duhafa Sejahtera serta wakil NGO Tanjong Karang Care telah menyampaikan sumbangan peranti ‘Daptone’ kepada beberapa Klinik Desa dan Klinik Kesihatan Tanjong Karang.

Daptone merupakan satu alat yang digunakan untuk mengenalpasti dan memeriksa kadar degupan jantung bayi dalam perut ibu. Dengan adanya alat ini, pemeriksaan degupan jantung bayi dapat dikira dengan lebih mudah berbanding kaedah tradisional.

Menurut PAS Tanjong Karang, antara klinik yang telah menerima sumbangan ‘daptone’ ini adalah Klinik Desa Pasir Penambang, Klinik Desa Bukit Belimbing, Klinik Desa Sungai Gulang-Gulang dan Klinik Kesihatan Tanjong Karang.

“Semoga dengan sumbangan tuan puan dalam menyumbang dana sehingga dapat memberikan sedikit sumbangan kepada klinik klinik kesihatan ini diterima dan dibalas sebaik baiknya di sisi Allah SWT, InshaAllah”, ujar Ustaz Dr Zamri.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor