Selain itu, turut bersama juga Ketua Cawangan Taman Desa Kelisa dan Taman Desa Kaloi mengiringi YDP dan barisan petugas JAM Hulu Selangor untuk menyantuni mangsa banjir tersebut.
Alhamdulillah sebanyak 15 buah rumah telah diagihkan bantuan barang keperluan buat mereka. Rasa sebak dan sedih bila melihat keadaan mereka akibat dilanda banjir.
Alhamdulillah mereka rasa bersyukur bila dapat sumbangan barang keperluan daripada para penyumbang, antaranya seperti peti ais, mesin basuh, kipas, tilam, tikar getah dan bakul makanan buat mereka.
Kesempatan juga, Pemuda Jabatan Amal Hulu Selangor bersama pimpinan PAS Hulu Selangor telah membersihkan dan mencuci rumah sekitar kawasan banjir.
PAS Hulu Selangor mengucapkan penghargaan Tahniah dan Syabas kepada para petugas Jabatan Amal Hulu Selangor dan para penyumbang yang sudi membantu dan prihatin kepada mangsa banjir tersebut.