Home Berita PAS Selangor

Muslimat PAS bersama Wanita UMNO edar sarapan di PPV – DMPK Kuala Langat

114
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 27 September – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan di bawah Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat (DMPK) bersama Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat telah mengadakan gotong-royong membungkus dan mengedar sarapan pagi kepada pelajar yang menerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) MDKL, pagi tadi.

Turut bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat, Ustazah Sapariah Bt Sarmidi membantu menjayakan program tersebut.

“Kita menyokong penuh agenda yang di bawa oleh pihak kerajaan bagi membentuk imuniti kelompok dalam mengekang wabak pandemik COVID-19 ini”, katanya.

Semoga sedikit pemberian yang dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima vaksin dan juga semoga santunan tersebut dapat menarik minat mereka yang lain untuk terus membantu negara dengan pengambilan vaksin demi mencapai tahap imuniti kelompok.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor