“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
BANGI, 23 September – Malam tadi penuh screen bersama sahabat-sahabat yang menghadiri malam Ribat Amal JAMNS secara ‘online’, “Terima kasih semua yang hadir, kalian memang mantop di tambah lagi dengan pengisian yang menjentik jiwa sanubari, hampir terduduk ana bersama kita bermuhasabah diri”.
Syukran Kathiran, wa Jazakallah Khairon buat Murobbi dan Naqib saya Ustaz Nushi Mahfodz, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor yang dahulunya pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang dan ketika itu saya menjadi Komandan Amal Kawasan dibawah pimpinan beliau.
Seberapa banyak amalan yang kita lakukan belum tentu sampai kepada Allah kerana bukanlah kuantiti yang akan diukur nanti tetapi kualiti amalan tersebut, sebab itu Allah sebut dalam Surah Al Mulk
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.
Allah tak sebut paling banyak atau paling lama, tapi Allah sebut paling baik, ramai antara kita melakukan banyak amalan samada ibadah mahupun kebajikan, namun belum tentu lagi semua amalan yang banyak itu akan diterima Allah.
Bergantung sejauh manakah keikhlasan kita dalam setiap amalan, maka ditambah sekarang ini Allah uji kita dengan ujian kemenangan menjadi sebahagian dari kerajaan, mampukah kita menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah?
Allahu, Inilah cabaran baharu buat pimpinan akan datang, “ana doakan antum semua selamat memikul tanggugjawab yang berat selepas ini”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor