Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 23 September – Seorang insan bergelar Pak Atan, atuk kepada 8 orang cucu yatim piatu dan juga bapa kepada 2 OKU di kampung Desa Mukmin.
Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama rakan kerjasama NGO Maaruf Care telah mengambil inisiatif untuk memikul bersama kesusahan yang dihadapi Pak Atan.
Beberapa hari lepas, atas usaha gigih para sukarelawan dan sumbangan dermawan, rumah Pak Atan berjaya dinaiktaraf. Dapatlah melihat lantai simen yang lebih kemas dan 2 bilik untuk pengasingan lelaki dan perempuan.
“Tiada apa yang dibanggakan atas sumbangan ini, tetapi garis panduan kehidupan mengikut SOP Islam, walaupun tidak sepenuhnya, dapat dilaksanakan di atas tapak sebuah rumah”, kata sukarelawan MaarufCare.
“Rumah Pak Atan hampir siap dibina”.
Semalam sukarelawan Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Maaruf Care mengunjungi beliau sekali lagi untuk menghantar 3 unit katil berserta tilam dan bantal buat mereka sekeluarga. Disertakan juga set pinggan mangkuk dan kuali.
“Ini untuk saya?”, tanya Anuar, anak OKU dengan wajah ceria sambil membantu menurunkan kotak barang dari Hilux.
“Demi perasaan kasih dan simpati seperti keluarga sendiri, orang susah seperti keluarga Pak Atan tidak akan dibiarkan sendiri”, jelas sukarelawan MaarufCare.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor