Selangor kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang musim tengkujuh ini apabila berlakunya perubahan tiupan arah angin monsun barat daya memasuki rantau pantai barat negara ketika ini.
Pembentukan awan aktif menyebabkan cuaca lembap, sekali gus mempengaruhi kejadian hujan lebat dan angin kencang beserta petir di beberapa kawasan utama di lembah Klang.
Kekerapan hujan yang berlaku boleh menyebabkan banjir di kawasan berisiko, terutama kawasan berkedudukan rendah, kaki bukit dan tepi sungai, kawasan tersebut perlu diberikan amaran dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini.
Kejadian bencana tanah runtuh di kemensah, Banjir di daerah Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Selangor ketika ini telah meletakkan seluruh bahagian Operasi Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor diaktifkan dan arahan kepada semua anggota Amal Negeri telah dikeluarkan untuk sentiasa bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan.