Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi
Musyawaroh mengajar kita erti tawadhu ketika mengeluarkan pandangan, mengajar erti sabar ketika idea ditolak, merendah diri jika pandangan diterima menjadi keputusan. Dan menjadi medan muhasabah diri atas banyak taklifan yang belum tertunai.
Musyawaroh sebuah medan merungkaikan permasalahan bukan perbalahan. Medan untuk Mengunci tali persahabatan dan ukhwah. Medan mencari salah diri bukan keaiban orang lain.
Yang akhirnya menatijahkan sebuah keputusan yang isinya diberkati oleh Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor