Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 21 September – YDP PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Dr Zamri Zainuldin bersama Ketua Cawangan PAS Raja Musa, Tuan Haji Basiron semalam telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan juga turun melihat beberapa tempat yang ditenggelami air di sana.
Menurut maklumat tinjauan YDP PAS Kawasan Tanjong Karang, beberapa orang anggota daripada Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor juga dilihat telah turun dalam membantu dalam pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.
Banjir yang berpunca oleh paras air sungai yang tinggi dan mula melimpah ke kawasan rumah telah merosakkan beberapa fasiliti penempatan seperti jalan raya di sana. Hujan lebat juga menjadi faktor kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.
“Semoga semua penduduk yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat dan juga berharap keadaan akan kembali seperti sedia kala dan penduduk dapat kembali ke kediaman masing-masing”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor