Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : 34 kit bantuan makanan asas berjaya disampaikan – JAMK Ampang

85
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 20 September – Sepanjang bulan Ogos yang lalu Jabatan Amal Kawasan Ampang (JAMKA) telah berjaya menyampaikan 34 unit kit bantuan makanan asas dan lebih 20 unit kit bantuan susu dan pampers untuk anak kecil mahu pun dewasa kepada para penerima yang telah memohon.

Program A Day 4 Charity (AD4C) ini telah dijalankan pada setiap bulan bermula bulan Julai 2019 yang lalu. Program ini telah dijadikan fokus utama JAMK Ampang sejak negara dilanda pandemik COVID-19 dengan teruk pada awal tahun 2020.

Menurut JAMK Ampang, permohonan telah banyak berkurangan pada bulan ini setelah kerajaan mengambil langkah-langkah mencegah penularan COVID-19 dan menitik beratkan rakyat dalam pengambilan vaksin serta membuka sektor-sektor ekonomi.

“Pada bulan Jun seramai 134 penerima kit bantuan makanan dan berkurangan pada bulan Julai iaitu seramai 89 penerima dan 34 penerima pada bulan Ogos”, jelas JAMK Ampang.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang telah menyumbang daripada sumbangan wang tunai sehingga ke barang makanan dan tidak lupa kepada mereka yang membantu JAMK Ampang dengan menyumbang tenaga.

Untuk membantu mereka yang memerlukan dan kerja-kerja kebajikan yang lain boleh berbuat demikian ke akaun berikut :-

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor