Home Rencana PAS Selangor

Demi Malaysia – Ketua Pemuda DPPN Selangor

124
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

“Ustaz!! Kuih Bulan halal nyer, kami buat khas untuk edaran dari Gerakan”, kata PGRM HENRY TEOH merangkap Ketua Pemuda Gerakan Negeri Selangor.

“Ustaz dan kawan! Ini Dr. Gan caghi yang halal untuk kawan-kawan PAS”, kata Chan Wun Hoong ( 陈运鸿 ) Ketua Pemuda MCA Selangor.

Begitulah suasana hormat-menghormati sesama kita. Saling memahami walaupun perkara kecil dalam anggapan orang ramai, namun nilai saling hormat-menghormati sesama kita itu yang penting. Mengetahui batasan antara satu sama lain dalam kerjasama. Saya benar-benar suka dengan suasana ini, demi Malaysia.

Pemuda PAS Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) turut membawa hadiah kuih Bulan ‘Home Made’ Muslimat PAS sebagai cenderahati kepada Pemuda Gerakan dan MCA.

Kuih bulan adalah sejenis kuih tradisi bagi saudara keturunan Cina dalam sambutan keraian seperti kuih Bahulu yang merupakan kuih tradisi bagi kaum Melayu dalam menyambut perayaan Hari Raya.

Berakit mudik ke hulu,
Berdayung pulang membawa harapan.
Orang Cina boleh makan Bahulu,

Orang Melayu turut boleh makan kuih Bulan.

Lajnah Perpaduan memainkan peranan dalam menganjurkan program ziarah dan lawatan rakan politik kali ini.

Terlalu banyak perkara yang dapat dikongsikan dalam kedua-dua pertemuan ini. Walaupun berlatar belakangkan perjuangan politik yang berbeza, namun kami generasi anak muda yang melihat kepentingan untuk memperjuangkan politik damai dan perpaduan untuk masa depan negara dan negeri selangor tercinta.

Suka saya dengan perkongsian dari semua rakan-rakan dalam perkembangan politik hari ini. Terlalu banyak perkara positif dan saya yakin dengan pertemuan seperti ini juga dapat membuang sejauh-jauhnya persepsi buruk sesama kita.

Semoga mesej dan usaha untuk membaik pulih imej politik ini dapat diterima oleh semua anak-anak muda yang cintakan negara.

‘Agree to Disagree’ juga antara perkara yang sempat saya sentuh dalam kedua-dua pertemuan tadi. Manakan tidak, kita masing-masing ada dasar dan perlembagaan yang didokongi, dalam pelbagai perbezaan itu pasti ada titik persamaan. Itulah kekuatan untuk kita semua.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia negeri Selangor dan sahabat-sahabat MCA Youth Selangor ( 雪州马青 ) kerana sudi menerima kedatangan kami dalam program ziarah hari Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor