Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Sungai Buloh
Sungai Buloh mendahului perpaduan dengan kepelbagaian bangsa memacu aspirasi Keluarga Malaysia.
Sejarah tragedi 13 Mei 1969 mengajar kita seribu kepentingan untuk membina keutuhan perpaduan bersama rakyat Malaysia. Cukup detik itu yang pertama dan terakhir buat negara tercinta.
Baik dari ahli politik mahupun rakyat berbilang bangsa, ketikakan pemahaman sempit dan kita melangkah ke era milineal ini dengan kesatuan utuh membina kecemerlangan tersendiri negara Malaysia yang dicintai.
Untuk mencapai cita-cita ini, kita perlu mengenal, memahami dan bertoleransi dengan kepelbagaian agama, budaya dan istiadat kaum yang majmuk disamping meraikan perbezaan pandangan dengan hati yang terbuka. Islam sebagai agama rasmi negara dengan dipayungi Yang Di Petuan Agong sebagai raja berpelembagaan wajib dihormati semua pihak.
Kemajuan serta kemantapan ekonomi boleh dicapai apabila Keluarga Malaysia ini bersatu padu meningkatkan kerjasama bersama dan bergerak dengan satu tujuan iaitu untukmu Malaysia.
Fokuskan kepada keharmonian, raikan keindahan kepelbagaian budaya didalam negara dan hormati serta tanamkan kasih sayang bersama agar negara tercinta ini terus cemerlang dan terbilang.
Perubahan hari ini, kesungguhan hari ini dan keyakinan hari ini untuk membentuk Keluarga Malaysia merupakan langkah yang tepat untuk generasi akan datang.
“Kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia”
19 September 2021 | 12 Safar 1443H
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor