Home Berita PAS Perak

Jentera berantai perlu guna jalan ladang, laluan berturap harus dipelihara

146
SHARE
JENTERA BERANTAI PERLU GUNA JALAN LADANG, LALUAN BERTURAP HARUS DIPELIHARA – PENOLONG JURUTERA PLB
Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol Ahmad Rosman Razali mengiringi Penolong Jurutera Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Daerah Kerian En. Saiful Nizam Mat Zin memeriksa jalan-jalan kampung yang telah siap di turap oleh kontraktor.
Proses pemeriksaan dilakukan dengan menggerudi bahagian-bahagian tertentu jalan yang telah siap untuk diambil sampel dan disukat bahagian yang telah digerudi itu.
Pemeriksaan perlu bagi memastikan standard buatan memenuhi spesifikasi ditetapkan. Menurut Saiful, ketebalan turapan mestilah tidak kurang dari 50 mm bagi memastikan ketahanan jalan menampung bebanan yang melaluinya.
Menurutnya lagi selain tidak mengikut spesifikasi pembuatan, antara faktor yang menyebabkan kerosakan jalan adalah struktur tanah dan penggunaan jentera berantai.
Justeru beliau menasihatkan agar pengusaha jentera pertanian terutamanya jenis berantai menggunakan jalan ladang yang telah disediakan bagi memelihara kemudahan laluan berturap untuk penduduk.