SELAMAT ULANG TAHUN MUAFAKAT NASIONAL
15 September 2021 | 8 Safar 1443H
Dewan Pemuda Pas Perak mengucapkan selamat ulangtahun kepada pembangun gabungan kesatuan Melayu-Islam, Muafakat Nasional (MN). MN telah merintis nikmat kesatuan sesama orang Melayu-Islam dengan menjadi pengasas awal kepada kolektiviti Melayu-Islam.
Dengan batu asas pendiri ini, MN telah menempuh pelbagai onak duri bersabar dengan karenah ahli dan masyarakat awam sehingga mampu diterima rakyat kebanyakan. Walhasilnya, MN mencapai kemenangan berturut dalam siri-siri pilihanraya kecil yang diadakan.
Dua tahun kelahiran wadah ini, menjadikan parti politik Melayu-Islam terus bermuhasabah meletak agenda rakyat sebagai keutamaan. Semestinya musyawarah bersama rakan koalisi sebagai platform asasi, sehingga kita mampu mengemudi rentas parti dengan sangat berhati hati. Janganlah sehingga dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Mewakili Dewan Pemuda Pas Perak, saya mengucapkan selamat menyambut ulangtahun Muafakat Nasional buat seluruh ahli PAS dan UMNO di seluruh pelusuk khususnya di Negeri Perak tercinta.
Perjalanan Muafakat ini masih panjang, sebagai pendiri awal, cabarannya semakin tinggi, keikhlasan kebersamaan perlu kekal dipertahankan dengan matlamat rakyat mendapat limpahan kesejahteraan hasil dari kesatuan politik Melayu-Islam.