Begitulah kehebatan kepimpinan Ayah Chik, walaupun tidak berjawatan Menteri, masih juga dihormati dan mampu untuk terus memimpin rakyat dengan penuh kerteladanan dan daya politik mampan serta berfikiran jauh kehadapan membawa agenda politik Matang dan Sejahtera.
Dua penggal diberi tanggugjawab memimpin Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, sudah pasti memberikan saya cukup ruang tempoh untuk membawa saf kepimpinan baharu dalam Jabatan ini yang lebih berwawasan dan berdaya mampan bagi melakukan transformasi lebih inklusif serta mampu digerakkan secara holistik demi memacu kecemerlangan JAMNS di masa akan datang.
Selain ikhlas, mempunyai ketahanan fizikal dan emosi yang kental serta personaliti uswatun hasanah keutamaan saya juga adalah mahu melihat mereka semua ini mampu bekerja secara berpasukan sebagaimana rapatnya saf anggota Amal ketika perbarisan, serta diharapkan mereka terus kekal dengan penerapan nilai kekeluargaan dalam pasukan dan tidak mementingkan diri dalam setiap tindakan dan keputusan.