Home Berita PAS Selangor

PAS Subang hadiahkan kek kepada polis dan bomba – KPen PAS Kawasan Subang

114
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : Fadh Ibrahim

SUBANG, 16 September – Bersempena dengan Hari Malaysia harini, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Subang telah menjayakan satu program kemasyarakatan dengan mengedarkan cup kek istimewa bertemakan Negaraku kepada penjawat awam, anggota keselamatan yang bertugas harini.

Beberapa Balai Polis & Balai Bomba yang berada di dalam Parlimen Subang telah dipilih untuk menerima kek istimewa ini. Tujuan penyerahan hadiah istimewa ini, lain tidak bukan adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota yang berkhidmat di balai-balai, tanpa mengira penat dan lelah menjaga keselamatan dan nyawa rakyat Subang khususnya & warga negara secara amnya.

Jalinan persahabatan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan anggota keselamatan ini adalah cerminan kepada gagasan yang dibawa PAS iaitu, Islam Memperkukuh Perpaduan. Semangat juang & pengorbanan setiap warga negara mesti di semai bukan sahaja di kalangan anggota keselamatan, tetapi oleh segenap lapisan rakyat dalam negara ini. Islam yang sangat mementing semangat perpaduan, persahabatan sekaligus diterjemahkah dalam program ziarah harini oleh LPN PAS Subang. Polis, Bomba dan masyarakat berpisah tiada.

Antara balai yang berada di Dun Subang Jaya yang telah dikunjungi adalah seperti Balai Polis dan Bomba SS 17, Balai Polis USJ 8 dan Pondok Polis USJ 10. Manakala di Dun Kinrara adalah Balai Bomba Jalan Wawasan Pusat Bandar Puchong, Balai Polis Puchong Jaya dan Balai Polis Bandar Kinrara.

Program ziarah ini telah diketua oleh Puan Hjh Siti Aisyah Binti Mohd Ali selaku pengerusi LPN PAS Subang, Puan Hjh Fadhillah Binti Mohd Noor, Ajk LPN Subang serta Tn Hj Abd Rahmah Bin Othman selaku NYDP PAS Subang.

May be an image of 3 people and people standing

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penjawat awam daripada pelbagai sektor yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negara kita yang tercinta. Kedaulatan negara mesti di pertahankan bukan sahaja oleh penjawat awam, tetapi semua rakyat yang sayangkan negara berdaulat ini. Jangan sesekali kita serahkan dan gadaikan negara ini kepada pihak yang berkepentingan dan beragenda selain daripada memartabatkan bangsa dan negara kerana kemerdekaan serta pengisytiharan HARI MALAYSIA ini mahal harganya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor