Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 15 September – Program Jalinan Kasih, Kami Prihatin yang berlangsung pada hari ini merupakan satu program usahasama Perikatan Nasional Klang dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Insan Harmoni Selangor (PINAS) dengan kerjasama Badan Kebajikan (BAKEP) Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
Seramai 213 orang murid yang telah dikenal pasti di mana ibu / bapa dan ibu bapa murid-murid telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Ustaz Khalid Nayan, Ustaz Solihuddin Jahar dan Ustazah Noraini Hussin yang mewakili PAS Kawasan Klang turut hadir ke program ini untuk menyerahkan sumbangan yang terdiri daripada bakul makanan dan peralatan sekolah untuk anak-anak yang kehilangan orang yang tersayang.
Menurut Ustaz Khalid, “dengan bantuan seperti ini pertamanya kita dapat mengeratkan hubungan kita dengan masyarakat di Klang dan keduanya kita dapat mengeratkan hubungan kita di dalam Perikatan Nasional supaya kita boleh bekerjasama untuk memberi bantuan kepada penduduk-penduduk di Klang.
Ujar Ustaz Khalid lagi, “dengan bantuan ini sekurang-sekurangnya meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka ketika Covid-19 yang melanda ini”.
Program berakhir sekitar 2.15 petang.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor