Home Rencana PAS Selangor

Pembangkang & kerajaan di Selangor perlu kuat – Ketua Pemuda DPPN Selangor

38
SHARE

No photo description available.

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Dua komposisi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu pihak Kerajaan dan pihak Pembangkang perlu berada di posisi yang berperanan untuk membantu membangunkan negeri dan sentiasa melihat kepentingan rakyat negeri Selangor sebagai keutamaan.

Pembangkang perlu kepada kesatuan dan kebersamaan untuk membawa sebarang isu kepentingan rakyat yang berlegar dalam Negeri Selangor.

Walaupun dengan jumlah kerusi yang sedikit terdiri daripada 16 ADUN yang mewakili UMNO, PAS dan BERSATU termasuk 1 Bebas, jika ada kesepakatan dan kebersamaan kita cukup yakin ia mampu memberi impak yang cukup positif untuk negeri Selangor dan rakyat.

Membajak sawah berselut kaki,
Tangkai padi berat berisi,
Jika masih satu ke hulu dua bersendiri,
Manakan dapat pulang berisi.

Dalam situasi pandemik ini, semua parti politik dalam negeri Selangor perlu bertanggungjawab untuk henti seketika serangan-serangan politik agar segala usaha pihak kerajaan dalam menangani isu kesihatan ini dapat berjalan dengan baik dengan kerjasama semua pihak.

Inilah masa yang terbaik untuk buat barisan kepimpinan parti politik bukan kerajaan dalam negeri Selangor untuk duduk semeja bagi mendapatkan kesepakatan dan kebersamaan sehingga mampu membina satu kekuatan pembangkang di negeri Selangor.

Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Kerajaan Negeri Selangor memerlukan pembangkang yang kuat agar proses semak dan imbang dalam perjalanan dasar serta polisi yang akan dilaksanakan itu menepati kepentingan rakyat.

Semoga Allah memberikan kekuatan buat Pembangkang dalam negeri Selangor untuk terus berusaha membawa agenda kebersamaan dan kesepakatan dalam membantu membangunkan Negeri Selangor dan terus memperjuangkan kepentingan rakyat.

Salam Muafakat,

15 September 2021 | 8 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor