Home Berita PAS Terengganu

Persidangan DUN Terengganu bermula hari ini

209
SHARE

KUALA TERENGGANU, 13 September – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 telah bermula pagi ini dalam  Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat.

Persidangan telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan perutusan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibacakan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sidang DUN tersebut diikuti dengan ucapan Yang Dipertuanya, Dato’ Yahaya Ali kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas kerja Dan laporan-laporan pada jam 10.30 pagi ini.

Pada hari kedua, pergerakan sidang bermula dengan soalan-soalan yang telah diberi notis (soalan lisan dan bertulis) kemudian Usul Di Bawah Perkara 30 (jika ada). Pada jam 11.00 pagi, Usul Menjunjung Kasih seterusnya Perbahasan Perutusan KDYMM Sultan.

Manakala pada hari terakhir, pengisian melibatkan penggulungan ke atas perutusan KDYMM Sultan, pelantikan Ahli Dewan Negara dan Rang Undang-undang.

Untuk pengetahuan liputan persidangan sehingga 15 September boleh diikuti melalui siaran secara langsung melalui pelbagai platform kerajaan negeri seperti Portal Rasmi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan TV Darul Iman