Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 11 September – PAS Kawasan Kota Raja menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Kota Raja dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), telah berjaya menyelesaikan pelaksanaan program pengagihan bantuan bekalan asas buat penduduk yang memerlukan.
Program tersebut merupakan program pertama yang telah dianjurkan untuk menyantuni penduduk dengan bilangan 20 buah keluarga di Apartment Impian Sentosa dan 6 buah keluarga lagi di Apartment Taman Klang Jaya.
Semoga segala bantuan yang telah dihulurkan dapat memberikan manfaat kepada keluarga-keluarga tersebut dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor