Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUBANG JAYA, 10 September – Bantuan “Bakul Prihatin” melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Subang, dengan kerjasama PAS Cawangan SS13 & USJ 12 telah bergerak dari pintu ke pintu, untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan bantuan.
Edaran bantuan “Bakul Prihatin” Perikatan Nasional yang melibatkan 12 buah keluarga di SS13 telah diketuai oleh Ketua Cawangan SS13 sendiri serta turut dibantu oleh beberapa orang AJK cawangan. Manakala, bagi agihan bantuan di USJ12 yang telah melibatkan 4 buah keluarga pula, telah diketuai oleh Ketua Muslimat PAS Cawangan USJ12, Hjh Fadhillah Mohd Noor.
Khidmat Malaysia PAS Kawasan Subang menyatakan bahawa, mereka akan terus berjuang membantu warga Subang yang memerlukan bantuan. Semoga segala bantuan yang telah disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga tersebut mengharungi ujian dimusim pandemik COVID-19 ini.
Nota :
Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi no telefon yang tertera di link tersebut. “Bantuan Malaysia Prihatin” :-
“Bersama kita meringankan beban mereka yang memerlukan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor