Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 10 September – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Gombak menerusi NGO MaarufCare, telah turun menyantuni dan mengagih JuadahJumaatBarakah seperti biasa dilakukan setiap hari jumaat. Namun, agihan buat kali ini yang sedikit mencabar turut memberi pengalaman menarik buat para sukarelawan.
Hari ini MaarufCare telah turun kelapangan, menyantuni keluarga-keluarga di kawasan pedalaman sekitar Batu 11 dan Batu 12, Gombak. Menurut keterangan para sukarelawan, mereka perlu berjalan mendaki bukit dan menyelusuri sungai kerana tidak ada laluan kereta kesana kecuali bermotorsikal.
“Pengalaman indah yang menggembirakan hati, walau pun sukar, namun apabila melihat kegembiaraan diwajah mereka, kami rasa sangat bahagia”, luah salah seorang sukarelawan MaarufCare.
Menurut laporan, sebanyak 100 pek makanan telah berjaa diagihkan kepada 17 buah keluarga. “Apabila melihat sendiri keadaan sebenar kehidupan mereka, secara tak langsung memotivasikan kita untuk terus berbakti kapada masyarakat yang memerlukan”, jelas sukarelawan MaarufCare lagi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang terus istiqamah tanpa jemu menyokong dan menyumbang kepada MaarufCare. Hasil sumbangan tersebut menjadi nadi utama yang membolehkan MaarufCARE malaksanakan kerja kerja kebajikan dan kemasyarakatan selama ini.
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-
Akaun : MaaruCARE
No. akaun : 1222 5010 0134 88
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor