Home Rencana PAS Selangor

7 panduan yang perlu dicapai sebelum berusia 30 tahun – DPPK Shah Alam

577
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam

Apa Kau Orang Perlu Buat Sebelum Umur 30 Tahun?

Usia muda kita sangat penting. Apa yang kita buat diusia muda akan memberi kesan pada kita di usia berumur kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alah, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas” “Enjoy kepala ungka engko”. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal.

7 hal dibawah bolehlah kita jadikan panduan yang perlu dicapai sebelum berusia 30 tahun:

1. Mempunyai Sumber Pendapatan Sendiri

Tak kiralah apa pun pekerjaan kita, yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kita sudah ada kerja yang kita suka buat dan kita boleh hadapi tekanan kerja sebab kerja itu memberikan kita kepuasan kerja.

2. Dapat Uruskan Wang Dengan Baik

Walaupun kita kerja kejuruteraan memasak, ataupun kejuruteraan agen mencari jodoh, kita mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kita sudah dapat bezakan mana kehendak dan keperluan. Dapat belanja dan dapat buat bajet mengikut pendapatan sendiri.

3. Menabung

Mempunyai beberapa tabungan yang tiap bulan kita isi. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kita. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting disaat kita menghadapi ujian dan masalah. Sediakan tabung sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji.

May be an image of text that says "Dewan Pemuda DewanPAS PAS SHAH ALAM 4 PELABURAN Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, MLM haram dan skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan lebih 10% gaji tiap bulan. #MEMIMPIN NECARA Y46 Youth4Green PEMUDA PAS SHAH ALAM"

4. Pelaburan

Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, MLM haram dan skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan lebih 10% gaji tiap bulan.

May be an image of text that says "Pemuda Dewan PAS SHAH ALAM 5 ASET RUMAH Membeli sekurang-kurangnya satu aset rumah. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk beli rumah. Jika kita membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan mengali ilmu hartahah ni. Jangan duk main Facebook je. #MEMIMPIN NECARA Youth4Green PEMUDA PAS SHAH ALAM"

5. Aset Rumah

Membeli sekurang-kurangnya satu aset rumah. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk beli rumah. Jika kita membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan mengali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.

May be an image of text that says "Dewan Pemuda PAS SHAH ALAM 6 KESIHATAN DAN PELAN TAKAFUL Semakin umur meningkat, badan kita mudah diserang penyakit, antibodi makin berkurangan. Jadi perbanyakkan beriadah. Bersukan apa yang kita suka. Cari sukan yang murah dan mudah. Berbasikal contohnya. Kesihatan adalah aset tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk biayai masa kita sakit nanti. Ambilah pelan takaful masa muda. Insuran tu periting. #MEMIMPIN NEGARA Youth4Green PEMUDA SHAH ALAM"

6. Kesihatan Dan Pelan Takaful

Semakin umur meningkat, badan kita mudah diserang penyakit, antibodi makin berkurangan. Jadi perbanyakkan beriadah. Bersukan apa yang kita suka. Cari sukan yang murah dan mudah. Berbasikal contohnya. Kesihatan adalah aset tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk biayai masa kita sakit nanti. Ambilah pelan takaful masa muda. Insuran tu penting.

May be an image of text that says "Dewan Pemuda DewanPAS PAS ÛHAH ALAM 7 MULAI BERKELUARGA Sapa tak mahu kahwin bukan. Budak tak habis SPM pun dah berpapa mama bagai. Dah set target nak kahwin mengalahkan orang dewasa. Ingat, cinta sejati biasanya tiba 25-30 tahun. Yang masih belasan tahun tu berapa kali putus cinta padan la muka kau. Sapa suruh bercinta awal. Carilah teman yang membuat kita bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kita. Cewah. Rancanglah sebaiknya dan pintu rezeki makin bertambah. #MEMIMPIN NECARA A Youth4Green PEMUDA PAS SHAH ALAM"

7. Mulai berkeluarga

Sapa tak mahu kahwin bukan. Budak tak habis SPM pun dah berpapa mama bagai. Dah set target nak kahwin mengalahkan orang dewasa. Ingat, cinta sejati biasanya tiba 25-30 tahun. Yang masih belasan tahun tu berapa kali putus cinta padan la muka kau. Sapa suruh bercinta awal. Carilah teman yang membuat kita bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kita. Cewah. Rancanglah sebaiknya dan pintu rezeki makin bertambah.

Anak muda hipster macam kau orang mesti nak melawat Eropah lah, nak kena ada kereta Audi lah. Boleh je, tapi pengurusan kewangan kena mantap dan aset hartanah kena ada dulu.

Jadi apakah perancangan anda sebelum mencapai 30 tahun? Bincangkan.

9 September 2021 | 2 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor