Home Berita PAS Selangor

Bakul Prihatin: Terus sampai kepada yang memerlukan – PAS Kawasan Subang

86
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Subang

SUBANG, 7 September – Ina, seorang ibu muda yang ditinggal di Pangsa Perdana berasa gembira harini kerana menjadi salah seorang penerima sumbangan Bakul Prihatin. Keperitan hidup membesarkan anak-anak yang masih kecil sangat menguji Ina dan keluarga sepanjang tempoh PKP 3.0. Kehadiran team Malaysia Prihatin, memberi sinar senyuman kepada Ina sekeluarga.

Perikatan Nasional melalui Lajnah Kebajikan PAS Subang, dengan kerjasama PAS Cawangan Pangsa Perdana, telah bergerak dari pintu ke pintu harini, untuk menyampaikan sumbangan kepada 39 buah keluarga yang memerlukan bantuan.

Program edaran Bakul Prihatin ini telah diketuai oleh En.Ahmad Fazli selaku Ketua Cawangan PAS Pangsa Perdana dan dibantu oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Cawangan Pangsa Perdana.
Turut hadir semasa sesi pengagihan adalah Ketua Muslimat Cawangan iaitu Puan Noraini Binti Zainon.

Menurut En. Ahmad Fazli, “PAS adalah sebahagian daripada komponen kerajaan pada harini, dan kita akan cuba memberi bantuan kepada semua yang menghadapi masalah tanpa mengira bangsa, warna politik, kalau susah pasti kita tolong inshaaAllah”.

May be an image of 2 people

Bagi sesiapa yang memerlukan bantuan makanan, sila hubungi No Telefon yang tertera di link tersebut, khusus untuk warga Dun Kinrara & Dun Subang Jaya:-
“Bantuan Malaysia Prihatin”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor