Alhamdulillah, Misi bantuan ini turut hadir juga NGO Geng Talaqqi AF Ustaz Muhamad Naim dan Komandan Jabatan Amal Hulu Selangor Tuan Muhammad Amaluddin untuk menyantuni mangsa banjir di sana.
Antara tempat yang telah kami kunjungi adalah di Kg Permatang Keramat, Kg Dusun Manggis, Kg Seberang Pekan Yan, Kg Seberang Yan, Kg Teluk Mad Acheh, Kg Jawa, Kg Singkir dan Kg Jelatang Gurun. Kesempatan juga bertemu ramah dan bertanya tentang keadaan bersama penduduk disana.
“Rasa sayu hati bila mendengar perasaan daripada penduduk tersebut, seterusnya kami terus menyalurkan bantuan barang keperluan bagi meringankan beban mereka”.
Kesempatan juga telah menziarahi Pondok Tuan Guru Hj Awang Sg Korok dan Pondok Tuan Guru Ustaz Mad Rejab Telaga Batu Sg Korok yang diduduki oleh warga emas dan pelajar-pelajar muda turut diberi sumbangan oleh pihak pengurusan Jabatan Amal Hulu Selangor.
PAS Hulu Selangor mengucapkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada barisan penyumbang-penyumbang yang sudi membantu meringan beban mereka. Semoga Allah SWT mentautkan hati mereka dengan kasih sayang dan keperihatinan atas ujian yang menimpa.