Home Berita PAS Selangor

Waris mangsa COVID-19 terharu dengan keprihatinan PAS – PAS Kawasan Kapar

97
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 7 September – PAS Kawasan Kapar meneruskan lagi gerak kerja program menyantuni waris ahli keluarga yang telah terkorban akibat COVID-19 di sekitar DUN Sementa dan Selat Klang.

Misi kali ini, diketuai sendiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh. Turut bersama-sama Naib Yang DiPertua PAS saudara Kahar Muzakir bin Munawir, Bendahari PAS Kawasan Kapar Tuan Senu Saad serta Jabatan Amal Malaysia Kapar.

Menurut laporan, sebanyak sembilan buah keluarga yang sempat disantuni pada harini. Dua keluarga daripadanya telah kehilangan kedua-dua ibubapa dalam tempoh yang singkat.

“Setiap keluarga yang ditemui, rasa teruja dan terharu serta mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Kawasan Kapar ketika mereka sedang diuji oleh Yang Maha Pencipta”, jelas wakil PAS Kapar.

“Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah Yang Maha Pengasih”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor