Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Seiring dengan Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dilancarkan pada 1 Julai 2021 yang lepas.
DPPNS mengajak masyarakat untuk sama-sama mengambil cakna akan dasar ini yang datang dengan tujuan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan negara menguasai 4IR. Seterusnya, memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berdaya saing.
5 teknologi asas telah dikenal pasti yang akan menjadi pemboleh ubah dalam memastikan sasaran yang ditetapkan mampu dicapai iaitu “Artificial Inteligence” (AI), “Internet of Things” (IoT), “Blockchain”, “Cloud Computing and Big Data Analytics” serta “Advanced Materials and Technologies”.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu, Khairy Jamaluddin ketika majlis pelancaran itu dilaporkan berkata, Dasar 4IR Negara ini akan melengkapi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN).
Katanya, dasar itu membawa agenda pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi yang disepadukan dengan pengukuhan ekonomi di bawah Rangka Kerja 10-10 MySTIE.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh rujuk poster di bawah. Semoga bermanfaat.
8 September 2021 | 30 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor