Genap Sebulan Sumbangan Makan Minum Kepada Frontliners Di Raudhatul Sakinah – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 7 September – Para petugas yang menguruskan jenazah COVID-19 di tanah perkuburan Raudatul Sakinah ketika ini keletihan dengan kes kematian yang semakin hari semakin meningkat.
“Mereka bertugas dengan pakaian full PPE yang sudah pasti amat tidak selesa”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga merupakan penggerak utama Team Syabab Care Malaysia.
Menurut laporan, semalam genap sebulan berturut-turut Syabab Care Malaysia menghantar sumbangan makanan dan minuman buat para petugas pengurusan jenazah di sini.
“Terima kasih kepada para dermawan kerana sudi menjadi donator membantu petugas kubur”, katanya.
Dikhabarkan, kebanyakan petugas-petugas di sini bertugas secara sukarela seperti daripada Jabatan Amal Malaysia dan lain-lain NGO. Dengan sumbangan yang sedikit sebanyak ini bolehlah mereka menjamah juadah makanan selepas penat bertugas.
Berat tugasan mereka menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad bagi memenuhi hasrat waris. Semoga Allah SWT akan membalas jasa para frontliners dengan kebaikan yang banyak dan balasan yang terbaik. Anda hero kami.
“Kebajikan Tanpa Sempadan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor