Home Berita PAS Selangor

Ziarah kebajikan PASTI Selangor – Unit Kebajikan PASTI Negeri Selangor

137
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Unit Kebajikan PASTI Negeri Selangor

DAMANSARA, 6 September – Sehari suntuk semalam bermula jam 10 pagi Pengarah serta unit kebajikan PASTI Selangor diketuai Muallimah Aisyah serta Muallimah Siti Zubaidah bergerak ke lokasi pertama PASTI Al-Hidayah, Ara Damansara santuni guru-guru serta ajk pengurusan di sana sempena perpindahan lokasi PASTI di tempat yang lebih selesa.

Lokasi ke-2, rombongan ketemu pengerusi PASTI Kawasan Damansara , Tuan Fadli bersama pengerusi Mgpk menyambut kehadiran bagi menyampaikan sumbangan kepada guru terkesan pendemik Covid-19 sekarang ini.

Seterusnya rombangan yang disertai sendiri oleh pengarah PASTI Selangor, Ustaz Mohd Faizol menyantuni muallimah di kawasan Sungai Buluh dan disambut oleh pengerusi PASTI kawasan Sungai Buluh, Cikgu Azwan bersama SUK, Saudara Faiz. Muallimah di kalangan mereka yang bersalin dan terkesan akibat Covid-19 telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizol sendiri.

Destinasi terakhir sempena ziarah kebajikan ini, rombongan telah dibawa ke rumah anak PASTI yang telah kematian ayahnya 2 minggu yang lalu. Hadir bersama adalah NYDP PAS kawasan dengan ketua pemuda kawasan Sungai Buluh dalam ziarah tersebut.

May be an image of 1 person, sitting and indoor

Semoga usaha kebajikan ini diteruskan bagi memastikan kebajikan muallimah serta murid PASTI dapat dijaga dengan sebaiknya. Semoga Allah menilai sebagai pahala jihad bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ziarah kali ini.

“Kebajikan Menjadi Keutamaan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor