Home Berita PAS Selangor

Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian – PAS Kawasan Sungai Besar

66
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 5 September – PAS Kawasan Sungai Besar hari ini terus menabur bakti dan menjejaki mereka yang memerlukan sumbangan di sekitar Parit 17 Sungai Panjang.

Saudara Parni bin Masdar, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Besar bersama dengan pasukannya hari ini, telah menemui 9 buah keluarga dan menyampaikan bantuan Bakul Prihatin Negara.

Hasil maklumat dan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, amanah untuk menyampaikan sumbangan ini telah selesai diberikan kepada penerima.

“Rata-rata keluarga yang ditemui sangat terkesan dengan keadaan sekarang ini dan kebanyakkannya hanya bergantung kepada pendapatan hasil kampung dan beberapa kerja lain.”

Situasi pandemik yang mencabar ini sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Keprihatinan dan kecaknaan jiran tetangga sangat ditagih untuk menyalurkan maklumat mereka yang memerlukan.

Wajah kegembiraan dan kesyukuran yang terpancar di raut wajah penerima sangat memberikan makna buat pasukan agihan sebentar tadi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor