PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Hari Khana
Ketua Penerangan DHPP Selangor
PANDAN, 5 September – DHPP Kawasan Pandan harini telah turun menyantuni dan menyampaikan bantuan “Bakul Prihatin” kepada keluarga-keluarga yang terjejas dan memerlukan di Pandan. Penyerahan bantuan tersebut berlokasi di bawah Flat Taman Nirwana, Selangor.
Bantuan tersebut telah diserahkan kepada 20 buah keluarga berbilang kaum yang juga merupakan penghuni di Flat Taman Nirwana. Mereka ini dikhabarkan sangat terjejas dengan pandemik COVID-19 dan juga telah kehilangan pekerjaan.
Bantuan yang telah disampaikan merupakan “Bakul Prihatin” Perikatan Nasional yang berisi barangan dapur serta sepaket beras setiap satu. Sumbangan telah disampaikan kepada para penerima oleh Ketua DHPP Kawasan Pandan, Tuan G.Sandra@PJK.
“Keluarga-keluarga yang menerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional & PAS Pandan”, katanya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor