Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat waris ahli PAS Selangor yang menjadi korban Covid 19 – PAS Selangor

94
SHARE

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Noor Najhan Mohamad Salleh
Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar

KLANG, 5 September – PAS Negeri Selangor telah melancarkan dan menyampaikan sumbangan kepada waris keluarga ahli PAS yang terkorban akibat Covid 19. Upacara dilangsungkan di ruang letak kenderaan di Pejabat Perhubungan.

Seusai majlis, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya 2 Ustaz Noor Najhan Mohamad Saleh, Setiausaha Perhubungan, Tuan Haji Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan menyampaikan terus sumbangan kepada keluarga Allahyarham Hj Ayub Sedik di Kampung Batu Belah Klang, yang merupakan mantan Setiausaha PAS Kawasan Kapar selama lebih 15 tahun.
Lawatan di sambut oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Hj Izam Awaluddin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Klang, Puan Noraini Hussin. Allahyarham Hj Ayub sememangnya seorang tokoh yang amat dikenali di kalangan ahli PAS Kapar dan Badan Perhubungan. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 9 orang anak. Anak bongsunya berumur 18 tahun.

Seterusnya pihak rombongan PAS Selangor, melawat dan menyampaikan sumbangan PAS Selangor kepada keluarga Hj Mazlan Saein di Taman Cempakasari. Allahyarham merupakan Pengarah JPrD Sementa dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kapar. Rombongan disambut oleh Naib Yang Dipertua, Saudara Kahar Muzakkir Munawir dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kapar, Ustazah Sifah Salleh serta ahli keluarga Allahyarham. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anaknya yang hafiz dan hafizah dan sedang meneruskan pelajaran di IPT tempatan dan Madinah.

Rombongan PAS Selangor juga sempat melawat keluarga Allahyarham Shahrom Mohd Desa yang merupakan mantan Setiausaha Kerja PAS Selangor yang menjadi nadi organisasi PAS di Selangor dan amat dikenali oleh seluruh pimpinan Selangor. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak di Taman Klang Perdana.

Di Taman Klang Perdana juga, rombongan PAS Selangor sempat menemui keluarga Allahyarham Mustafa Kamal Mohamad Nor yang merupakan Bendahari PAS Cawangan Klang Perdana. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang telah dewasa.

PAS Kawasan Kapar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang sempat membuat lawatan ke Kapar dan menyampaikan sumbangan peribadinya dan PAS Selangor. Semoga Allah murahkan rezeki kepada beliau dan seluruh pimpinan PAS Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor