Home Rencana PAS Selangor

Harap kerajaan DSIS bantu rakyat hilang pekerjaan – Ketua DPPK Hulu Selangor

167
SHARE

May be an image of 1 person and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Amri Abdullah Sani
Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 2 September – Kerajaan Perikatan Nasional dahulu telah menyediakan banyak kemudahan dan bantuan kepada para peniaga terutama golongan bumiputra bagi meneruskan perjuangan di dalam bidang perniagaan.

Pemilik Syarikat Amrina Food, pengeluaran makanan sejuk beku jenama PizzaKP, Amri Abdullah Sani 41 berharap agar kerajaan baharu ini dapat meneruskan segala perancangan yang sedia ada untuk golongan yang telah kehilangan pekerjaan khususnya di waktu awal PKP akibat pandemik Covid-19.

Kata beliau “Saya sendiri selaku usahawan dapat mengambil beberapa orang ahli keluarga asnaf sebagai pekerja sekaligus memberi peluang kepada mereka meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing”

Katanya “Isu lambakan graduan Universiti yang masih ketiadaan peluang pekerjaan juga mampu diatasi sedikit dengan berkembangnya perniagaan oleh usahawan-usahawan mikro ini, InshaAllah ”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor