Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 2 September – Khidmat Malaysia Klang bersama Pertubuhan KASEH, PASTI Pelabuhan Klang, Bakewanis, KRC, Ummah Care, AN NAS Rehab Centre Bandar Bukit Raja dan beberapa lagi NGO bersepakat bergilir-gilir untuk belanja sarapan pagi dan makan tengahari buat petugas-petugas di barisan hadapan yang bertugas di CAC Pelabuhan Klang bermula pada hari ini, 2 September sehingga 12 September 2021 nanti.
“Dianggarkan setiap hari, 100 pek makanan untuk sarapan dan 100 pek makanan untuk makan tengahari akan disediakan”.
Menurut saudara Izam Awalludin selaku Pengerusi Pertubuhan KASEH yang juga wakil kepada AN NAS Rehab Centre dalam program ini menjelaskan di mana menu yang dicadangkan untuk sarapan pagi adalah nasi lemak bungkus, mihun goreng, kueh tiaw goreng, roti gardenia dan air minuman.
Manakala menu makan tengahari pula seperti nasi putih, ikan / ayam / daging dan sayur yang mana ianya akan diolah bagaikan agar ‘frontliners’ tidak merasa jemu dengan menu yang sama setiap hari.
Selain itu, ada juga kumpulan komuniti dan orang perseorangan yang tampil memberi sumbangan kepada petugas di CAC Pelabuhan Klang.
Manakala, Solahuddin Safeeie yang mewakili petugas-petugas di CAC Pelabuhan Klang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menaja sarapan pagi dan makan tengahari buat ‘frontliners’ yang bertugas di CAC Pelabuhan Klang.
Kesepakatan para NGO yang bergiat aktif di sekitar Klang dalam menjayakan program seperti ini merupakan satu tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pertugas di barisan hadapan yang bertungkus lumus berkerja dalam menghadapi wabak pandemik Covid-19.
“Semoga Allah SWT mengangkat wabak ini dari muka bumi ini dan kita semua berada di bawah naungan dan rahmat-Nya”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor