Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat sebuah PASTI yang telah dipecah masuk – Ketua DPPK Kota Raja

59
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Tuan Haji Imran Satiman
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja

KOTA RAJA, 2 September – Terima Kasih diucapkan kepada Pengarah PASTI Selangor, Ustaz Mohd Faizol yang sudi menjenguk PASTI Baihaqi dan menghulurkan sumbangan di atas ujian yang dihadapi.

“Semoga guru-guru serta Jemaah Pengurusan terus cekal dan tabah atas ujian ini bagi meneruskan kelangsungan mendidik anak-anak syurga”.

Untuk makluman, baru-baru ini amat mendukacitakan apabila PASTI Baihaqi telah diceroboh masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga banyak barang-barang berharga seperti TV Led, tong gas, air cooler, periuk, projector, PC komputer, printer, WiFi router dan barangan lain yang masih sedang dikenal pasti telah dicuri dan menyebabkan kerugian yang besar kepada PASTI Baihaqi.

PASTI Baihaqi mula beroperasi 2020. Alhamdulillah dipenghujung tahun 2019 insan-insan yang gigih cuba mencari premis di kawasan yang bersesuaian untuk didirikan PASTI di kawasan berhampiran Bukit Tinggi, Klang.

Dalam keadaan pandemik ini, hanya beberapa bulan dapat beroperasi secara fizikal sehingga kini masih lagi patuh atas arahan Kerajaan untuk pembelajaran dalam talian.

Terima kasih atas doa semua, serta sokongan walaupun bermula dengan “0” modal, atas kepercayaan dan sumbangan orang ramai dapat juga menjayakan hasrat orang sekitar untuk ditubuhkan PASTI di sini.

“Semoga ujian ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berbakti kepada Masyarakat Setempat”. “Doakan kami”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor