“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
AMPANG, 2 September – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) telah berkerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Taman Kosas dengan menyumbang beberapa item makanan untuk program sekolah.
Sumbangan berbentuk 45 kit bantuan makanan asas untuk Program Keluarga Asnaf & Anak Yatim Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang telah diserahkan.
Menurut JAMK Ampang, antara barang makanan yang dapat disumbangkan oleh pihak mereka adalah seperti Biskut Crackers 1pek, Telur Ayam sepapan, Bihun 1pek, Tepung Gandum 1kg, Minyak Masak 1L dan Gula 1kg dengan jumlah 45 item untuk setiap jenis makanan tersebut.
Kesemua bantuan ini telah diusahakan dan diuruskan serta telah disampaikan oleh Timbalan Komandan JAMKA, Tuan Haji Mohamad Fadzil kepada pihak sekolah. “Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kepada murid-murid SK Taman Kosas yang memerlukan, Insyallah”.
“Terima kasih kepada para budiman yang menyumbang, semoga diberkati kehidupan dan dilimpah ruahkan rezeki sentiasa dan dimudahkan perjalanan ke dalam syurga”, ucap pihak JAMK Ampang.
Kepada yang ingin membantu dengan menyumbang kepada kerja-kerja amal kebajikan boleh berbuat demikian ke akuan berikut:-
No Akuan: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor