Home Berita PAS Selangor

Jaulah Merdeka ke utara Selangor untuk misi bantuan Covid-19 – PAS Kawasan Kapar

97
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

UTARA SELANGOR, 31 Ogos – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) bersama Muslim Care telah berjaya menganjurkan program Jaulah Merdeka ke Utara Selangor – Tabung Bencana Covid 19 pada 31 Ogos 2021.

Turut bersama Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Hj Zulkifli Wahijan Presiden Muslim Care Malaysia Society dan Shehdi Hazrik, Pengarah Jaulah Merdeka telah turn menyantuni para asnaf dan penduduk yang terjejas sekitar kawasan Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Menurut laporan, rombongan Jaulah Merdeka telah disambut oleh Yang DiPertua PAS kawasan dan Penyelaras Khimat Malaysia di kawasan masing-masing serta pimpinan setempat.

Keseluruhan 150 pek sumbangan telah disampaikan dengan agihan sebanyak 50 pek untuk setiap kawasan. Sumbangan tersebut dalam bentuk barangan asas keperluan dapur. Tahniah kepada semua yang terlibat dan yang menyumbang.

“Rezeki Untuk Dikongsi”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor