Home Berita PAS Selangor

Panji PAS berkibar di Pejabat Operasi JPrK Klang – PAS Kawasan Klang

141
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 31 Ogos – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 pada tahun ini, PAS Kawasan Klang telah menaikkan bendera Jalur Gemilang dan panji PAS di hadapan Bilik Operasi Jentera Pilihanraya Kawasan Klang di Markas Palm Grove, Pandamaran.

Aktiviti menaikkan kedua-dua bendera ini bermula sekitar 8.30 pagi sambil menyanyikan lagu Negaraku dan lagu tema PAS. Antara yang hadir pagi tadi ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ketua Pemuda, Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan, serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan Klang dan anggota Jabatan Amal.

Dalam memetik sebahagian daripada ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan menegaskan orang-orang dahulu menuntut kemerdekaan melalui peperangan secara fizikal tetapi di dalam dunia yang serba canggih ini, sebenarnya minda kita masih dijajah terutamanya dalam memerangi serangan daripada pihak-pihak yang cuba mempengaruhi pemikiran dan minda kita secara maya melalui media sosial di mana ‘cengkaman’ dilakukan secara halus dan sangat licin.

Oleh itu, Ustaz Khalid menegaskan sekali lagi, apa jua berita yang diterima hendaklah kita ber-tabayun terlebih dahulu sebelum memanjangkan berita tersebut.

Setelah itu, kerja-kerja membersihkan kawasan persekitaran bilik operasi dilakukan secara bergotong-royong dan program berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor