Home Rencana PAS Selangor

Kerajaan PH Selangor pemusnah – Setiausaha BPPN Selangor

201
SHARE

May be an image of outdoors and text that says "SFM BFM News @NewsBFM 20h 1. The Selangor government has approved the degazettement of the Kuala Langat North Forest Reserve. 536.7 hectares of the 8,000-year-old peat forest will be given to Gabungan Indah, a private company, for a mixed-commercial mixed development project. Show this thread"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Hari Kemerdekaan Negara ke 64 diraikan di Selangor dengan sekali lagi terputusnya bekalan air melibatkan 463 kawasan akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam air mentah di Jenderam Hilir.

Entah bilalah pula bekalan air kali ini akan kembali pulih?

Namun itu bukanlah kemuncak nestapa di negeri ini. Selain air terputus yang menjejaskan kehidupan rakyat yang sudah sedia tertekan dengan pandemik Covid 19, ada satu lagi bencana besar yang bakal menimpa negeri ini akibat kerakusan kerajaan negeri PH.

Kerajaan Negeri PH telah meluluskan dalam mesyuarat MMKN bertarikh 5 Mei 2021 penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar untuk dibangunkan sebagai “mixed commercial development” oleh sebuah syarikat iaitu Gabungan Indah Sdn Bhd.

Pupuslah hutan paya gambut atau “peat swamp forest” Selangor yang keluasannya sebesar 70 Stadium Bukit Jalil yang akan memusnahkan biodiversiti hutan berkenaan dengan simpanan flaura dan fauna yang endemik. Selain juga memusnahkan tanah adat turun-temurun suku Orang Asal Temuan.

Malaysia menguasai 11% dari Hutan Paya Gambut dunia dan dengan kelulusan ini Kerajaan PH menyumbang ke arah pupusnya keluasan Hutan Paya Gambut Dunia.

PH dan Kerajaan Negeri perlu membatalkan hasat ini dan mengekalkan status hutan simpan ini demi masadepan jenerasi akan datang.

Siapakah di belakang Gabungan Indah Sdn Bhd sehingga mereka diberikan keistimewaan menggondol dan memperkosa tanah hutan negeri berusia ribuan tahun semata-mata kerana mahu meraih keuntungan?

PH tidak boleh dilepaskan dengan kerakusan yang cukup tidak bertanggungjawab ini. Menteri Besar dan EXCOnya perlu jawab kepada rakyat atau diturunkan sebelum merela dihukum dalam PRU ke 15 nanti.

Bebaskan Selangor dari PH!

1 September 2021 | 23 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor