Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Uwais Al-Qarni
SUNGAI BESAR, 29 Ogos – Khidmat Malaysia Sungai Besar pagi tadi telah menyerahkan bantuan berupa Bakul Prihatin Negara kepada 4 keluarga di sekitar Pasir Panjang dan Sekinchan.
Dalam pertemuan tersebut, 1 buah keluarga yang disantuni ini terjejas akibat penutupan bengkel kereta miliknya sepanjang pandemik covid-19 ini. Kurangnya pelanggan dan situasi yang tidak mengizinkan untuk pembukaan bengkel kereta menjejaskan sedikit sumber pendapatan keluarga ini yang bergantung sepenuhnya kepada bengkel mereka.
Sebuah keluarga lagi yang ditemui sangat terjejas apabila diuji dengan kecatatan fizikal dan pemegang kad OKU setelah terlibat dengan kemalangan yang melibatkan dirinya. Keterbatasan dalam anggota fizikal ini menyebabkan sumber pendapatan keluarga ini juga terjejas.
Pasukan petugas Khidmat Malaysia Sungai Besar hadir menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan dari Pejabat Ahli Parlimen Sungai Besar khusus untuk membantu dan memudahkan urusan masyarakat setempat.
Doa dari masyarakat keseluruhannya untuk mereka yang sedang diuji dengan pelbagai ujian sangat ditagih untuk kita sama-sama merasa kesusahan yang mereka hadapi.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor