Home Berita PAS Perak

PAS Padang Rengas agih 200 bekas bubur asyura dan bendera Malaysia

124
SHARE

Oleh : Aisy Sufi Ahmad

PADANG RENGAS, Sambutan awal Muharam dan kemerdekaan disambut oleh Dewan Muslimat PAS Padang Rengas dengan menjalankan agihan 200 bekas bubur asyura bersama bendera Malaysia.

Agihan berbentuk hadiah bertujuan meraikan hari Asyura yang jatuh pada bulan Muharam di samping menyambut kemerdekaan negara ke-64 pada 2021.

Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Rengas, Husna Saidon ketika ditemubual berharap agar tradisi memasak bubur asyura diteruskan dari tahun ke tahun agar ikatan ukhwah sesama masyarakat semakin akrab.

“Tradisi memasak bubur asyura ini perlu dipandang sebagai ibadat, bukan adat semata-mata terutama dalam menyatukan penduduk setempat di sesebuah kampung atau taman kejiranan.

“Semangat Tahun Baru Muharam dan Roh Kemerdekaan apabila digabungkan dapat melahirkan masyarakat yang kukuh keimanan dan jati diri serta tidak mudah tunduk kepada musuh.

“Agihan bubur asyura dan bendera ini kami sampaikan kepada penduduk Padang Rengas yang singgah mengisi petrol di stesen minyak merentas kaum dan agama,” ujar Husna.

Turut hadir menyertai agihan Setiausaha DMPK Padang Rengas, Zakiah Zain, Bendahari DMPK, Rosnizar Said, ahli jawatankuasa DMPK dan Ameerah Padang Rengas.