Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Sekalung tahniah diucapkan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) untuk saff kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atas lantikan 8 Ahli Parlimen sebagai Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Pelantikan ini juga telah menghentikan beberapa siri kemelut dan kekacauan politik Malaysia yang tidak berkesudahan. Ia juga cukup merimaskan jiwa rakyat kerana ketika mana rakyat Malaysia bergelut mencari sesuap nasi, ada ahli politik yang rakus cuba merampas kuasa dengan pelbagai cara.
DMPNS amat berbangga dengan pelantikan ini dan berharap dengan pelantikan ini, seluruh kabinet kerajaan Malaysia dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan cemerlang mengikut portfolio masing-masing dalam memberi khidmat sumbangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Seterusnya dapat memacu kejayaan dan kecemerlangan buat negara Malaysia tercinta. Selamat berkhidmat YB!
Siiru’ala Barakatillah.
28 Ogos 2021 | 19 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor