4 Orang Ahli Parlimen Dari Selangor Membarisi Kabinet “Keluarga Malaysia” – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor &
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Saya mewakili barisan kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor dan seluruh kepimpinan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin merakamkan jutaan tahniah di atas pembentukan kabinet baharu kerajaan Malaysia 2021.
Dengan amanah yang terpunggah di bahu, ternyata pemilihan Yang Berhormat (YB) semua adalah kerana kemampuan dan pengalaman yang cukup luas dalam membantu kerajaan mencapai satu percapaian terbaik untuk membawa negara keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi.
Ini juga merupakan satu penghormatan yang besar kepada seluruh rakyat negeri Selangor atas pelantikan ini.
Selain daripada itu, apa yang kami harapkan adalah kerjasama dan kebersamaan para YB dalam barisan kabinet mampu memberi contoh dan tauladan kepada anak-anak muda dalam meneladani politik tanah air kita ini. InsyaAllah, kita mampu menang bersama dan mampu untuk membawa kekuatan perpaduan untuk memimpin negara dan rakyat jelata.
Dengan kalimah siruu a’la barakatillah, selamat bertugas dan berbakti kepada rakyat jelata. InsyaAllah, kami anak-anak muda dalam negeri Selangor akan terus berada di barisan hadapan membantu membawa agenda rakyat dan negara.
Ucapan tahniah ini juga mewakili anak-anak muda Negeri Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor