Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan jutaan tahniah buat lapan orang pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia 2021.
Sekalung kalam penghargaan diucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan kepada Ahli Parlimen PAS untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai menteri dalam kerajaan Malaysia.
Semoga saff kabinet baharu Kerajaan Malaysia dapat berganding tenaga, fokus dalam misi memulihkan tanahair tercinta daripada terus dibelenggu oleh pandemik COVID-19 ini. Selamat Berkhidmat Menteri dan Timbalan Menteri PAS.
Siiru ‘ala Barakatillah.
27 Ogos 2021 | 18 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor