Home Kenyataan Media PAS Selangor

Pembentukan kabinet selaras hasrat ‘Keluarga Malaysia’ – YDP PAS Kawasan Kota Raja

71
SHARE

May be an image of 1 person

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Tuan Haji Mohamed Diah Baharun
YDP PAS Kawasan Kota Raja

KENYATAAN MEDIA
PAS KAWASAN KOTA RAJA

PAS KOTA RAJA MENCADANGKAN AGAR PEMBENTUKAN KABINET JEMAAH MENTERI TIDAK MENGABAIKAN KAUM MINORITI
SELARAS DENGAN HASRAT KELUARGA MALAYSIA

PAS Kota Raja mencadangkan agar tidak mengabaikan kaum minoriti dalam pembentukan kabinet jemaah menteri di bawah kepimpinan Y.A.B Dato’ Sri Ismail Sabri.

Malaysia merupakan negara yang sangat unik dan istimewa dengan komposisi kaum yang majmuk. Keunikan dan keistimewaan ini perlu terus dijaga demi menjamin keharmonian di negara yang kita sayangi ini. Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan kita sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera sekali pon berbeza latar belakang politik.

Sirah merakamkan pengalaman yang sangat hebat dalam menangani kepelbagaian kaum. Negara Madinah dibangunkan atas dokongan rakyat pelbagai agama, kaum, puak dan kabilah. Kepelbagaian kaum adalah sunnatullah yang mesti diuruskan dengan bijaksana supaya menjadi faktor kekuatan dan keharmonian.

PAS Kota Raja yakin dengan keupayaan dan kemampuan salah seorang Ahli Parlimen, Y.B. Datuk Seri M Saravanan (Tapah) yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang sebelum ini. Walaupun MIC hanya memenangi satu kerusi parlimen sahaja pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu tetapi penglibatan mereka adalah sangat diperlukan dalam memacu pentadbiran yang cemerlang.

PAS Kota Raja percaya bahawa kepimpinan Y.A.B. Dato’ Sri Ismail Sabri akan mengambil pendekatan yang bijaksana dengan melibatkan ahli-ahli Parlimen daripada kaum lain sekali pun mereka adalah bilangan minoriti di parlimen untuk menjadi salah seorang Ahli Jemaah Menteri selaras dengan hasrat Keluarga Malaysia.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

26 Ogos 2021 | 17 Muharam 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor