Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA LANGAT, 26 Ogos – Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat telah menyampaikan sumbangan berbentuk sebuah basikal kepada keluarga asnaf yang memerlukan.
Menurut laporan, penyerahan sumbangan tersebut telah dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat, Ustazah Nor Yanti Badrul bersama seorang lagi AJK Muslimat Kawasan.
“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi keluarga ini dan juga semoga ia dapat memberi manfaat buat keluarga tersebut dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini”.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor